Tuesday 15 September 2015

Esei “Akidah Teras Pembagunan Ummah”.

 “Akidah Teras Pembagunan Ummah”.


            Pada era globalisasi ini, isu yang berkaitan dengan akidah merupakan permasalahan utama yang tidak boleh dipandang enteng oleh segenap lapisan masyarakat.  Sebagai umat islam, akidah melambangkan keperibadian seseorang mukmin yang  sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.  Sebagai umat manusia yang lemah, kita sentiasa kalah dengan hasutan hawa nafsu dan juga syaitan yang menyebabkan kita terjebak dengan masalah gejala sosial dan perkara-perkara yang dapat membatalkan akidah kita sebagai umat islam.  Justeru itu, kita perlulah mengambil beberapa inisiatif bagi mengelakkan akidah kita daripada terbatal.  Oleh itu, terdapat beberapa peranan untuk memantapkan asas akidah kita sebagai umat islam.

           Salah satu peranan untuk memantapkan asas akidah kita sebagai umat islam ialah ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang secukupnya.  Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam memastikan akidah anak-anak berada di dalam landasan yang betul.  Hadis Rasulullah SAW, anak-anak diibaratkan kain putih dan ibu bapalah pencoraknya sama ada Majusi atau Nasrani.  Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mengaji dan solat apabila mereka mencapai usia 10 tahun.  Anak-anak akan mengikuti setiap tindak tandus ibu bapa mereka, jika baik sesuatu ikutan itu maka baiklah akhlak dan akidah anak-anak.  Ibu bapa janganlah sibuk mencari duniawi sahaja sehingga mengabaikan anak-anak mereka.  Mereka perlu tahu, jika seseorang anak tidak diberi agama yang secukupnya mereka akan melakukan segala perbuatan yang boleh menjatuhkan institusi kekeluargaan.  Jadi,  ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang secukupnya.

            Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan mereka dalam memantapkan asas akidah para pelajar.  Pihak sekolah haruslah menganjurkan program-program yang bersifat islamiah dimana dapat melahirkan pelajar modal insan yang berjaya dari segi rohani dan jasmaninya.  Pihak sekolah haruslah merangka satu program yang dapat mendekatkan diri pelajar kepada Allah SWT.  Sebagai contoh setiap waktu rehat sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) haruslah diberuntukkan untuk para pelajar membaca sekurang-kurangnya satu surah daripada Al-Quran. Dengan ini, para pelajar akan terbiasa dengan membaca Al-Quran dan pada masa yang sama akidah mereka akan terjaga.

Selain itu, dalam menjaga akidah umat islam, pihak kerajaan juga bolehlah memainkan peranan mereka.  Pada era ini, banyak pusat-pusat dan institusi yang boleh memesongkan akidah umat islam.  Sebagai contoh, pusat hiburan dapat menghancurkan akidah seorang muslim kerana selain daripada hidangan arak dan pil, mereka juga tidak menjaga aurat dan batas pergaulan di antara satu sama lain.  Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengambil inisiatif dalam membendung perbuatan yang dapat meranapkan akidah seorang umat islam.  Pihak kerajaan juga haruslah menguatkuasakan undang-undang dan memberi hak keistimewaan kepada majlis fatwa kebangsaan dan juga Mahkamah Syariah dalam meguatkuasakan undang-undang.  Dengan adanya institusi ini umat islam akan takut untuk melakukan kesalahan yang berkaitan dengan undang-undang islam yang berrteraskan Al-Quran, Hadis dan Ijma’ Ulama.

Akhir sekali, semua pihak haruslah memainkan perana dalam menjaga akidah umat islam daripada terpesong agar masalah yang berkaitan dengan akidah umat islam dapat dielakkan.  Umat islam jugak tidak harus memandang enteng tentang permasalahan ini kerana akidah adalah tuntang utama kepada asas pendirian seorang muslim. 

No comments:

Post a Comment