Tuesday 15 September 2015

Contoh Assignment CTU 101 UiTM Negeri Sembilan

ASSIGNMENT
CTU 101
FUNDAMENTALS OF ISLAM


GROUP
: AS1141B1


MEMBER
: WAN MUHAMAD QUSYAIRI BIN WAN MAZLAN


: MOHAMMAD NASHARUDDIN BIN ISMAIL


: SHAFIQAH SAHIRA BINTI JONAIDI


: NURUL AMIRA BINTI MOHD DIN


LECTERUR
: USTAZ HISAM BIN SATARI

SUBMIT DATE
: 4 FEBUARI 2014  





PENDAHULUAN
Kami Wan Muhamad Qusyairi, Muhamad Nasharuddin, Nurul Amira serta Shafiqah Sahira telah diberikan tugasan mengenai Surah Yasiin ayat sepuluh hingga tiga belas dan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama lapan minggu.  Ayat sepuluh hingga tiga belas Surah Yassin adalah mengenai orang yang tidak mahu beriman baik diberi peringatan (nasihat) ataupun tidak, kebangkitan semula manusia selepas mati serta keadaan sesuatu kaum setelah hadirnya seorang utusan Allah.
                                                     “HEART OF AL-QURAN”
Daripada Ma’qal bin Yassar r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda: Hati Al-Quran ialah Surah Yassin; ia tidaklah di baca oleh seseorang yang semata-mata  mengharapkan keredaan Allah dan hari akhirat melainkan di ampunan oleh Allah  segala dosanya; dan bacalah Surah Yassin kepada orang nazak dan setelah meninggal dunia.
Jika tubuh seseorang memiliki jantung untuk menggerakkan darah ke seluruh nadi, maka Surah Yassin  bagaikan hati Al-Quran yang menjana kelebihan dan keistimewaan bagi orang yang membacanya.  Bila seseorang surah Yassin kerana mengharap reda Allah dan kampung akhirat, maka dosa-dosanya berguguran kerana memperoleh keampuanan dan rahmat dari-Nya.
Rahsia dan faedah yang mengalir dari keutamaan surah ini, melimpah cahaya kebaikan dan terlerai segala bala serta kesusahan di dunia dan akhirat bagi yang membacanya secara ikhlas.  Surah Yassin juga bagaikan ladang dapat dituai bagi insan yang ingin memenuhi keinginan dan hajatnya.  Menjadi perisai yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan.
Semoga dengan mengamalkan dan memperbanyak membaca Surah Yassin dan Al-Quran keseluruhannya akan dilimpahkan nikmat dan keampunan-Nya, InsyaAllah.


ISI KANDUNGAN

PERKARA
MUKA SURAT
Pendahuluan
1
Isi Kandungan
2
Terjemahan Surah Yassin ayat 10
3-6
Terjemahan Surah Yassin ayat 11
7-13
Terjemahan Surah Yassin ayat 12
14-16
Terjemahan Surah Yassin ayat 13
17-19
Kesimpulan
20
Rujukan
21


TERJEMAHAN SURAH YASSIN AYAT  10
MAKSUDNYA:
“Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.
HURAIAN 1:
Menurut Syaikh Muhammad dan Abdul Aziz Al Khalidi, 2010, Allah telah memutuskan utusan-Nya bagi diri mereka sesuai dengan apa yang Dia ketahui tentang tabiat hati mereka yang tidak dapat dimasuki keimanan. Peringatan itu tak dapat menembusi hati yang tak siap untuk beriman, terhalang darinya, dan yang tertutup dengan pelbagai tutupan. Peringatan itu tak menciptakan hati, namun ia membangunkan hati yang hidup dan siap untuk menerima.
HURAIAN 2:
Menurut Sayyid Quthb, 2004, Allah telah menetapkan kesesatan atas mereka, maka peringatan itu tidak berfaedah bagi mereka dan mereka pun tidak terpengaruh dengan peringatan itu. Ayat yang semisal dengan ini terdapat pada surah al-Baqarah, ayat 6 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau memberi amaran kepadanya atau engkau tidak memberi amaran, mereka tidak akan beriman.”
Orang-orang kafir yang disebut ialah orang-orang yang sengaja mengingkari dan tidak mahu menerima perkara yang mereka telah mengetahui kebenarannya dengan keterangan-keterangan yang cukup.
Disebutkan juga di dalam surah Yunus, ayat 96-97 yang bermaksud,
“ Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Rabb-mu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, sehingga mereka menyaksikan azab yang pedih.”
Orang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT hidup dalam kesengsaraan, maka ia tidak akan pernah merasakan kebahagiaan. Dan orang yang disesatkanNya, maka ia tidak akan pernah mendapat petunjuk. Maka janganlah biarkan diri sendiri binasa kerana kesedihan terhadap mereka dan sampaikanlah risalah (Islam) kepada mereka.
MENGHIDUPKAN HATI
Menurut Siti Nor Bahyah Mahamood, 2006, hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.  Dengan pengutusan Rasullulah s.a.w, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan الْقُرْآنَ.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar,  melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk,  takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.  Hati yang dihidupkan dengan الْقُرْآنَ bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya Al Qur'an ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).”
 (Surah al-Isra’, ayat 9)
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
“Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan Al Qur'an kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4)
Syarat Untuk Menghidupkan Hati:
Maka untuk menghidupkan hati dengan Al Qur'an, kita memerlukan beberapa syarat:
PERTAMA,  Al Qur'an  hendaklah dibaca  dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca Al Qur'an pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.”
 (Surah al-Isra’, ayat 78).
            KEDUA, membaca Al Qur'an dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
“Tidakkah mereka merenungi (tadabur) Al Qur'an itu?”
(Surah Muhammad, ayat 24)
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam Al Qur'an.  Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh Al Qur'an itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembacanya kemudian ia menghidupkannya.  Dengan itu, hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
KETIGA, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran Al Qur'an sebelum membaca atau mendengarnya.  Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui Al Qur'an.
KEEMPAT, merealisasikan kehambaan (‘ubudiyyah) diri sewaktu membaca Al Qur'an.  Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran Al Qur'an  yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.  Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.  Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam Al Qur'an adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.  Untuk memastikan ia terus hidup dan segar,  maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).  Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis  bermaksud:
“Huzaifah berkata:  Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:  Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.  Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya,  akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat,  tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.”
 (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)
KESIMPULAN AYAT
            Dalam ayat kesepuluh ini, kebanyakan daripada orang kafir diazab kerana mereka benar-benar tidak mahu beriman kepada Allah walaupun diutuskan para rasul.


TERJEMAHAN SURAH YASSIN AYAT 11
MAKSUDNYA:
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatNya. Maka, berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.”
HURAIAN 1:
Menuru Syaikh Muhammad dan Abdul Aziz Al Khalidi,2010, “Peringatan” yang dimaksudkan di sini adalah Al-Quran dan orang yang mengikuti Al-Quran serta takut kepada Ar-Rahman meskipun dia tidak melihatNya. Mereka itulah yang dapat mengambil manfaat dari peringatan ini, sehingga seakan-akan hanya kepada orang seperti inilah peringatan itu diberikan.  Juga seakan-akan Rasulullah SAW secara khusus diutus untuknya, meskipun baginda SAW diutus untuk manusia secara umum. Tapi, orang-orang yang banyak itu terhalang dari menerima petunjuk. Sehingga, keberadaan Nabi SAW menjadi terbatas hanya bagi yang mengikuti Al-Quran dan takut terhadap Ar-Rahman meskipun tidak melihatNya.
Orang ini berhak mendapatkan khabar gembira,  setelah ia mengambil manfaat dari peringatan itu. Maka, berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.” Ampunan dari kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya, yang tanpa menjadi kebiasaan.  Pahala yang mulia atas rasa takutnya terhadap Ar-Rahman meskipun dia tidak melihatNya. Juga atas tindakannya yang mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah, berupa Al-Quran.
Kedua hal itu selalui menyertainya dalam hati.  Setiap kali rasa takut kepada Allah bersemayam dalam hati manusia, maka hal itu akan diikuti oleh beramal dengan  apa yang diturunkan oleh Allah.  Juga beristiqamah di atas manhaj yang Dia kehendaki.
Di sini ditegaskan tentang terjadinya pembangkitan kembali manusia, dan tepatnya hisab, yang tak  ada sesuatu pun luput darinya.

HURAIAN 2: 
Menurut Sayyid Quthb, 2004, orang yang terbuka hatinya dan lantaran itu terbuka pula pendengarannya buat mendengarkan peringatan atau ancaman yang disampaikan oleh Rasul yang telah diutuskan oleh Tuhan itu.  Mereka sediakan diri mengikuti seruan Rasul, dan takut kepada Tuhan yang bersifat Ar-Rahman, bersifat Maha Penyayang dan Maha Pemurah di dalam ghaib.
Ertinya,  bahawa ketakutan kepada Allah itu timbul dari kesedaran dirinya sendiri dan bukan kerana pengaruh orang lain dan bukan pula takut kepada Allah yang dibuat-buat kerana mengharapkan pujian daripada manusia.
Maka, berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.”
Dijelaskan di hujung ayat ini berita gembira yang pertama akan diterimanya ialah bahawa dosa-dosa dan kesalahannya akan diampuni.  Orang yang akan diampuni itu ialah orang yang pernah bersalah.  Tetapi kerana dia insaf dan selalu ingat kepada Allah walaupun sedang keseorangan, terbuktilah dengan itu bahawa dia sudah benar-benar bertaubat dari kesalahannya.
Dan, diberikan pula berita gembira yang kedua iaitu dia akan mendapat ganjaran yang mulia di sisi Allah. Yaitu, menerima nikmat dan ganjaran di akhirat, ditempatkan dalam syurga yang telah disediakan Allah untuk mereka yang muttaqin.
TAUBAT
Menurut Siti Nor Bahyah, 2006, Taubat itu bermaksud atau mempunyai pengertian dari tiga perkara iaitu ilmu, keadaan dan perbuatan. Pengertian yang pertama itu menyebabkan timbulnya pengertian yang kedua, kemudiannya pengertian yang kedua menimbulkan pengertian yang ketiga dengan pasti.

            Maksud taubat dari pengertian yang pertama iaitu ilmu, ialah mengetahui dengan sebenar-benarnya perihal betapa besarnya bahaya hal-hal yang berdosa jikalau dilakukan dan bahawa dosa-dosa itu akan menjadi racun yang akan pasti merosakkan jiwa, hati dan agama, juga merupakan tabir antara seseorang dengan apa sahaja yang dianggap sebagai kekasihnya. Sekiranya seseorang itu telah memahami ini dengan sebaik-baiknya dan berkeyakinan yang hakiki dan pula dimenangkan pula dihatinya,  maka dari kema’rifan yang sedemikian tadi akan timbullah semacam kesakitan di dalam hatinya,  jikalau tersampai terpisah sedikit sahaja daripada kekasihnya.  Ini kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada sifat dan tabiat hatinya itu, hanya apabila terpisah daripada kekasihnya.
Andainya hal ini disebabkan oleh perbuatannya,  maka ia akan menyesali perbuatannya sendiri,  mengapa sampai terjadi hingga dapat terlena,  sekalipun hanya sesaat yang teramat pendek.  Dalam keadaan yang sedemikian, kesakitannya kerana perbuatannya tadi disebut sebagai “penyesalan”.   
Apabila rasa sakit ini mula memberi kesan kepada hatinya dan benar-benar dapat mempenagruhi jiwanya, maka dari rasa sakit ini akan timbul pula dalam hatinya suatu keadaan yang lain yang dinamakan sebagai “iradat (karsa)” dan “kesengajaan (kasad)”.
Yang dimaksudkan dengan iradat dan kesengajaan ialah, yang bersangkutan dengan perbuatan yang akan dilaksanakannya secara berbaring iaitu pada saat sekarang, saat yang lalu dan saat yang sesudah itu yakni hari-hari yang akan mendatang.

Perihal yang berhubungan dengan masa sekarang ialah dengan meninggalkan dosa yang dilakukan, yang berhubungan dengan masa yang akan datang ialah dengan sengaja akan meninggalkan dosa yang menyebabkan perpisahan antara dirinya dengan kekasihnya itu untuk selama-lamanya dan sepanjang usiannya yakni sampai mati, sedang yang berhubungan dengan yang lampau ialah mengejar apa yang sudah tertinggal kerana kesalahannya itu dengan berbuat kebaikan serta menggadaikan yang sudah terlambat, jika sekiranya dapat ditebus dengan kebaikan.
Syarat-Syarat Taubat:
1.      Meninggalkan dosa tersebut. Ibnul-Qayyim berkata: ”Taubat mustahil terjadi, sementara dosa tetap dilakukan”.

2.       Menyesal atas perbuatannya. Rasulullah bersabda: ”Menyesal adalah taubat”.

3.       Berazam untuk tidak mengulangi lagi. Ibnu Mas’ud berkata: ”Taubat yang benar adalah: Taubat dari kesalahan yang tidak akan diulangi kembali, bagaikan mustahilnya air susu kembali pada kantung susunya lagi.”

4.       Mengembalikan kezaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalalkan. Imam Nawawi berkata: “Di antara syarat taubat adalah mengembalikan kezaliman kepada pemiliknya, atau meminta untuk dihalalkan”.

5.       Ikhlas. Ibnu hajar berkata: “Taubat tidak sah kecuali dengan ikhlas”. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya”

(QS. At Tahrim [66]: 8 ).
Yang dimaksud taubat yang murni adalah taubat yang ikhlas.

6.      Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
a.       Sebelum saat sakaratul maut.
b.       Sebelum Matahari terbit dari barat.

Allah berfirman: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan  (yang)  hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah)  dia mengatakan:  “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”
(QS. An-Nisaa [4]: 18).

Rasulullah bersabda:  “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakaratul-maut”
(HR. Tirmidzi).

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan di siang hari.  Dan Allah membentangkan Tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kesalahan pada malam hari”
(HR. Muslim).

Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, Allah akan menerima taubatnya”
(HR. Muslim).

Hikmah Taubat:
Bertaubat dan menyesali diri. Jika Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya.
Dia pasti membukakan pintu taubat, penyesalan, kepatuhan, merasa hina dihadapanNya,
merasa perlu kehadhiranNya, minta pertolonganNya, berlindung kepadaNya, memohon dan
berdoa kepadaNya, mendekatkan diri kepadaNya dengan melakukan amal kebaikan sedaya-
upaya. Perbuatan jahat itu ternyata menjadi penyebab turunnya rahmat Allah.

1:  Abu Hurairah r.a. berkata:  Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (minta ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih daripada tujuh puluh kali.
(Bukhari)
 
2: Abu Musa Al-Asy'ary r.a. berkata, "Bersabda Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang telah melakukan maksiat pada siang hari, juga mengulurkan tangan kemurahanNya pada waktu siang supaya bertaubat orang yang berdosa pada waktu malam. 
Keadaan itu tetap berlangsung hingga matahari terbit dari arah barat.
 (Muslim)

3: Abu Hurairah r.a. berkata, “Bersabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya”.
 (Muslim)

4: Abdullah bin Umar r.a. berkata, "Bersabda Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya selama ruh (nyawanya) belum sampai di tenggorokan (hampir mati).
(At-Tirmizi - hadith bertaraf 'hasan')

AL-HISAB
          Menurut As Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah,2008, Pemeriksaan dan perhitungan seluruh catatan amal perbuatan manusia baik dan buruknya akan dilakukan dengan saksama pada hari kiamat, yang disebut hisab. Pada prinsipnya dua kategori dalam pemeriksaan itu, segolongan melalui proses pemeriksaan dengan mudah dan ringan, dan itulah golongan yang berbahagia. Segolongan pula melalui pemeriksaan itu dengan berat dan teliti, itulah orang yang celaka.
Ertinya:
“Barangsiapa yang diberikan buku catatan amalnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. Kemudian dia akan pergi menemui keluarganya dengan gembira. Dan adapun orang yang diberi buku catatan amalnya dari belakang, maka dia akan berteriak menyebut kecelakaannya. Dan dia masuk ke dalam api yang bernyala-nyala. Sesungguhnya orang itu dahulu di kalangan kaumnya selalu riang gembira. Sesungguhnya dia mengira bahawa dia tidak akan kembali.(kepada Tuhannnya).” (Al-Insyiqaq:7-14)
Menurut Aisyah r.a , Rasullullah SAW pernah menerangkan, bahawa barangsiapa yang diperiksa bererti dia diseksa. Aisyah meminta penjelasan kepada Rasulullah SAW sehubungan dengan firman Allah SWT:
“Nanti akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah.”Nabi jelaskan : “ Iti hanya dihadapkan sahaja (kehadapan pengadilan Allah), tetapi orang yang diperiksa dengan teliti itu binasa.”
                                                                                                                 (Riwayat Bukhari)

KESIMPULAN AYAT
Dalam ayat kesebelas ini, Orang yang mendapat manfa'at dari seruanmu (ALLAH) ialah orang mukmin iaitu orang yang mengikut al-Quran  dan takut kepada Allah yang dia tidak melihat-Nya maka balasan baginya ialah mendapat keampunan dari Allah s.w.t. dan pahala yang besar dan indah.



TERJEMAHAN SURAH YASSIN AYAT 12
MAKSUDNYA:
“Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan, segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata ( Lauh Mahfuz ).”
HURAIAN 1:
Menurut Syaikh Muhammad dan Abdul Aziz Al Khalidi,2010, menghidupkan orang-orang  mati adalah salah satu masalah yang menjadi bahan perbedatan panjang.  Dalam surah ini akan dipaparkan beberapa contoh tentang perbedatan itu.  Al-Quran memperingatkan mereka bahawa segala sesuatu yang dikerjakan tangan mereka, dan seluruh bekas yang ditinggalkan oleh perbuatan mereka, semua itu akan ditulis dan dicatat.  Sehingga, tidak ada yang luput atau dilupakan darinya sama sekali.
Allah lah yang menghidupkan orang-orang mati.  Dialah yang mencatat apa saja yang pernah mereka kerjakan dan bekas-bekasnya.  Dialah yang menghitung segala sesuatu dan merakamnya.  Kerananya, semua itu harus terjadi dalam bentuk yang layak dengan apa yang ditangani oleh tangan Allah.
Kitab Induk yang nyata, Lauh Mahfuzh, dan sejenisnya.  Penafsiran yang terdekat baginya adalah bahwa dia dalah ilmu Allah yang azali dan qadim, dan Dia meliputi segala sesuatu.
Setelah memaparkan  masalah wahyu dan risalah, serta masalah pembangkitan kembali serta hisab, dalam bentuk penjelasan ini, ....redaksi Al-Quran kembali memaparkannya dalam bentuk cerita yang menyentuh hati.  Iaitu, berupa sikap pendustaan dan keimanan serta konsekuensi masing-masing, yang dipaparkan secara jelas.
HURAIAN 2:
Menurut Sayyid Quthb, 2004, Bahawasanya sekalian manusia yang telah manusia mati akan dihidupkan kembali di hari kiamat.  Kiamat itu sendiri ertinya bangun.  Bangun dari kematian untuk hidup kali kedua.  Dan boleh pula kita tafsirkan bahawa hati yang telah mati, yang telah tertumbuk dan tertutup segala pintu, pintu untuk maju ke muka atau pintu untuk mundur ke belakang sudah tertutup disebabkan hati yang lalai pada mulanya.  Tidak sukar bagi Allah buat menghidupkan hati itu kembali.  Hati yang telah tersesat di bangunkan kembali sehingga sedar dari kebenaran.  Di dalam Al-Quran pun berkali-kali tuhan menjelaskan bahawa Dia maha berkuasa menghidupkan kembali tanah yang telah mati, dengan jatuhnya rahmat hujan.
Dan segala sesuatu Kami perhitungkan di dalam Kitab yang nyata
Ditasfirkan oleh Ibnu Katsir bahawa segala sesuatu yang diciptakan oleh Tuhan, baik di langit atau di bumi, sangat besar ataupun sangat kecil, sampai ke atom sekalipun semuanya itu ada daftarnya di sisi Allah di dalam yang bernama Lauh Mahfuzh.  Al-Imamul Mubiin, Imam yang nyata.  Catatan itu disebutkan juga sebagai Ummul-Kitab, atau Ibu Kitab.
Muhajid dan Qatadah dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam memilih juga tasfir yang demikian. Tiap-tiap manusia pun mempunyai pula kitab catatannya sendiri dan apabila telah datang nanti masa perhitungan, segala kitab catatannya itu akan dibukakan untuk menjelaskan bahawasanya segala hukum keputusan yang akan diterima kelak dari Allah, baik pahala yang akan menyebabkan dimasukkan ke dalam syurga, atau dosa yang akan menyebabkan masuk ke nereka, semuanya itu sedikit pun tidak terlepas dari keadilan.
HARI KEBANGKITAN MANUSIA
Menurut As Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah,2008, proses kebangkitan kembali (al-ba’ts) akan dilalui pada waktu kiamat:
Ertinya:
“Akan ditiup sangkakala. Tiba-tiba mereka keluar dari kubur-kubur.Mereka akan berkata:”Aduhai kecelakaan bagi kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami ? “ Inilah hal yang dijanjikan oleh Allah dan telah benarlah Rasul-rasul.”
                                                                   (Yasin : 51-52)  
Perkara kebangkitan ini , juga diberitakan dalam ayat-ayat (Al-Quran) lainya: Yasin:78-79, Maryam: 66-67 , Al-Haj:7, Bnni Israil: 49 dan lain-lain.
        Yang bingung , takut dan murung tentilah orang-orang kafir dan zalim. Sedangkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh tidak ada ketakutan dan kecemasan atas mereka sementara wajah mereka putih berseri-seri:
        “Padahari itu akan putih sejumlah muka dan akan hitam sejumlah muka. Adapun orang yang hitam mukanya( akan dikata):’Bukanlah kamu telah kufur sesudah kamu beriman ? Maka rasailah azab kerana kekufuranmu!””Dan adapun orang yang putih makanya itu, akan berdiam dalam rahmat Allah yang mereka kekal di dalamnya,”
                                                                                                                     (Ali Imran:106-107)                                                                                                   
KESIMPULAN AYAT
Dalam ayat kedua belas ini, Allah s.w.t. membangkitkan orang yang mati dan menulis segala yang mereka lakukan semasa hidup samada perkataan, perbuataan dan tujuan serta kesan-kesannya.



TERJEMAHAN SURAH YASSIN AYAT 13
MAKSUDNYA:
“ Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, iaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.”
HURAIAN 1:
Menurut Syaikh Muhammad dan Abdul Aziz Al Khalidi,2010, Al-Quran tidak menyebut siapa penduduk negeri itu,  juga apa nama negeri itu.  Riwayat-riwayat tentang hal ini saling berbeza pendapat.  Tidak ada manfaat kita menelusuri riwayat-riwayat ini. Hal ini menunjukkan bahawa penyebutan nama atau tempatnya tidak menambahkan sesuatu dalam makna kisah ini dan isinya.
Oleh kerana itu, masalah penyebutan nama itu dilupakan, dan langsung menunju ke intisari ibrah dari kisah itu. Ia adalah negeri kepadanya yang diutus dua orang rasul. Sebagaimana halnya Allah mengutus Musa as dan Harun as kepada Fir’aun. Kemudian penduduk negeri itu mendustakan kedua rasul tersebut, maka Allah pun mengutuskan rasul yang ketiga untuk memperkuatkannya dan menegaskan bahawa keduanya itu adalah rasul yang diutus oleh Allah. Kemudian ketiga rasul itu datang kepada mereka dan mengajukan dakwah mereka dari awal.
HURAIAN 2: 
Menurut Sayyid Quthb, 2004, Terdapat ahli tasfir yang mengatakan bahawa negeri itu ialah negeri Inthakiyah (Antiochie) zaman sekarang dalam wilayah negeri Turki. Tetapi, setelah perang dunia pertama, ia termasuk dalam wilayah Syria.
Peristiwa ini terjadi di zaman pemerintahan seorang raja yang bernama Anticus bin Anticus bin Anticus, pemeluk agama menyembah berhala. Nama Rasul yang diutus ialah Shaiq dan Shaduq dan membantu yang didatangkan kemudian itu bernama Syalom.
Tetapi ada pula riwayat lain mengatakan bahawa Rasul itu ialah Syam’un dan Yohana dan pembantu yang dikirim kemudian itu bernama Paulus. Di dalam bahasa Arab, disebut Syam’un, Juhana dan Baulush. Tetapi cerita ini berdekatan dengan kisah-kisah Kristian, serupa dengan sebuah kitab “Perjanjian Baru” yang bernama “Kisah Segala Rasul”.
Kedua cerita ini tidak dapat kita kuatkan terutamanya cerita kedua kerana apabila kita melihat di dalam kitab  “ Perjanjian Baru”  itu ternyata bahawa apa yang diajarkan oleh Paulus sudah jauh berbeza dengan ajaran Nabi Isa as. Dan di dalam ayat ini disebutkan bahawa mereka adalah Rasul dari Allah bukan Rasul dari Jesus (Nabi Isa as) sebagaimana yang dikuatkan oleh penganut agama Nasrani.
Oleh itu, kita berpegang saja kepada apa yang disebutkan di dalam al-Quran tentang Allah mengutus Rasul-Rasul ke sebuah negeri.
UNGKAPAN KESENANGAN DAN KEBAHAGIAAN DALAM AL-QURAN
 Menurut As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah,2008, melalui pelbagai kalimat dan penyataan dalam  Al-Quran di ungkap adanya kebahagiaan, kesenangan, kegeembiraan, kenikmatan, kesejahteraan, kelazatan, kemuliaan, dan sebagainya yang merupakan tumpuan cita-cita dan harapan manusia dalam hidupnya. Penyataan tersebut mengandungi segala masalah yang menggambarkan adanya kesenangan yang bersifat sementara, mendorong manusia mencapai kebahagiaan yang kekal dan sejati, menerangkan formula kebahagiaan dan jalan-jalan yang perlu di tempuh untuk mendapatkannya.
Pernyataan-pernyataan tersebut di kemukan dalam ungkapan, antaranya:
1.      Lazat; enak atau sedap
2.      Mata’; perhiasan atau kesenangan
3.      Ni’mah: yang bererti nikmah atau kesenangan
4.      Alfalah; Beruntung atau bahagia
5.      Sakinah; kepuasan, ketenangan atau ketenteraman
6.      Muthmainah; yang tenang tenteram yang sentosa
7.      Amnu; keamanan: Amina; merasa aman: Aaminah; yang aman yang tenteram
8.      Al-Salam; keselamatan, kesejahteraan
9.      Farihun; yang gembira yang bersukacita
10.  Yastabsyir; bergembira, bersuka cita
11.  Sa’idun; orang-orang yang berbahagia
12.  Hayaatan thaiyibah; penghidupan yang baik
13.  Fauz; kejayaan, kemenangan, kebahagiaan.Faizun; orang-orang yang mendapat kejayaan
Terdapat lain-lain lagi ungkapan yang melambangkan adanya kesenangan, keberutungan, kesejahteraan, kebahagiaan, kepuasan dan sebagainya.
KESIMPULAN AYAT
Dalam ayat ketiga belas, satu contoh telah diberikan untuk menjadi pengajaran, di mana sebuah kawasan/Qaryah yang telah diutuskan kepada penduduk-penduduknya beberapa orang rasul dan di sokong oleh salah seorang lelaki yang tinggal di hujung qaryah tersebut, tetapi mereka tetap tidak mahu beriman maka Allah binasakan semua penduduk Qaryah tersebut dengan hanya satu pekikan kuat, mereka semua  mati serta merta.

KESIMPULAN
            Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus akhirnya siap juga assignment CTU 101 ini.  Sebagai khalifah di bumi Allah ini, kita perlulah memelihara hubungan yang erat dengan Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala LaranganNya.  Manusia yang diciptakan oleh Allah ada berbagai bangsa dan puak adalah untuk saling kenal mengenali dan tolong menolong antara satu sama lain.
            Betapa sayangnya Allah SWT kepada kita semua, Dia (Allah) telah mengutuskan para rasul dari kalangan manusia supaya manusia boleh mendengar dan mengikut segala yang di suruh oleh Allah.  Allah tidak sewenang-wenangnya menurunkan azab kepada manusia.  Dia akan mengutuskan para rasulNya untuk menyampaikan risalah yang benar lagi lurus.
            Selain itu, petikan dari surah yassin dari ayat 11-13, perihal tentang Allah mengutuskan rasul.  Allah memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat kepada Allah tetapi mereka ingkar dan dalam ayat ini Allah menurunkan azab seksa yang perih kepada mereka kerana mereka mendustai para utusan Allah.
            Berdasarkan pengajaran ini, ia memberi kita kesedaran tentang apa yang telah berlaku kepada umat yang terdahulu disebabkan oleh keingkaran mereka kepada Allah s.w.t.  sewajarnya, kita bermuhasabah diri serta memotivasikan diri sendiri dengan amalan kebaikan untuk persiapkan  diri menghadapi kematian kelak.  Semoga amalan yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.
InsyaAllah..........

RUJUKAN
Surah Yassin Tahlil Dan Doa,Pustaka Al-Shafa,Cetakan Ketiga:2012
Surah Yassin Tahlil Dan Doa,Darul Nu’man,Cetakan Pertama:2000
Tasfir Adhwa’ul Bayan, Cetakan Pertama, Ogos 2010, Syaikh Muhammad dan Abdul Aziz Al Khalidi
Tafsir Al-Azhar Juzu XXI, Prof.Dr Hamka, diterbitkan oleh penerbit Pustaka Panjimas, Jakarta 1988.
Tafsir Fi Zhilalil Qur’an di bawah naungan al-Qur’an Jilid 9/ penulis, Sayyid Quthb, penterjemah, As’ad Yasin, dkk. Penyunting, Tim GIP, Cetakan Pertama-Jakarta:Gema Insani Press, 2004
Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1, Penterjemah M. ‘Abdul Ghoffar E.M, Cetakan Kedua, Ju’madil  Akhir 1430H / Jun  2009, diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi’
Tafsir Mahmud Yunus Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani,Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus,cetakan kedua:2010.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur’an ( 30 Juz ), diterjemah serta diberi penjelasan oleh Sheikh Abdullah Basmeih, disemak dan disahkan oleh Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, Cetakan Keempat Belas, Rabiul Awal 1431, Mac 2010
Taqarrub (Mendekati Diri Kepada Allah S.W.T), 2008, As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah.
Ubat Hati, Oktober 2006, Siti Nur Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman



        

No comments:

Post a Comment