Tuesday 15 September 2015

Teks Pertandingan Pidato (Keharmonian Keluarga Penentu Kecemerlangan Insan)

TAJUK PIDATO
KEHARMONIAN KELUARGA PENENTU KECEMERLANGAN INSAN
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  berkata, kerajaan akan membantu institusi keluarga untuk berhadapan dengan pelbagai risiko agar institusi keluarga tidak terhakis dan insan cemerlang dapat dilahirkan.”

Bismillahirrahmanirahim…Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Terima kasih Tuan pengerusi Majlis , barisan hakim yang arif  lagi bijaksana pastinya, penjaga masa penghitung detik perjalanan, para guru yang setia menjana ilmu, seterusnya rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Arena Pidato Piala Diraja ini saya warnai dengan sebuah pidato yang bertajuk “Keharmonian Keluarga Penentu Kecemerlangan Insan”. Saudara, menurut kamus dewan frasa keharmonian keluarga bolehlah dinyatakan sebagai  kesesuaian atau kemesraan seisi rumah manakala                                   rangkai kata penentu kecemerlangan insan bolehlah dinyatakan sebagai yang menetapkan ataupun memastikan keelokan makhluk atau manusia.

Saudara dan saudari yang dihormati

Intipati pidato saya yang pertama berasaskan keluaraga harmoni yang menekankan didikan agama dan moral dalam kehidupan seharian akan melahirkan insan cemerlang.  Insan yang terdidik dengan nilai agama dan moral yang mantap akan cemerlang.  Anak-anak perlu dihantar ke kelas-kelas agama ,kelas-kelas fardu ain selain kelas mengaji dan bertaranum. Langkah ini merupakan persediaan awal kepada anak-anak dalam usaha membina  kekuatan rohani yang mantap agar segala cabaran yang mendatang dapat ditempuhi dan diatasi. Kekuatan rohani yang utuh menjadi benteng dan perisai kepada insan agar tidak terpengaruh dengan gejala sosial yang kian meruncing kini. Kekuatan iman mampu menghalang anak-anak daripada terjerumus ke lembah hina sekali gus menjadikan mereka insan yang cemerlang dan dikagumi.  Insitusi keluarga yang menekankan didikan agama dan nilai moral  pastinya tidak akan kecewa dalam melahirkan insan cemerlang. Kata Nik Nur Madihah pelajar  SPM terbaik Malaysia 2008, kejayaan tercipta berkat amalan solat sunat hajat, amalan solat sunat dhuha, amalan berpuasa sunat sunat, amalan berselawat dan amalan berdoa setiap hari.  Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kecemerlangan  seseorang insan adalah berpunca daripada sistem kekeluargaan yang berlandaskan agama

Saudara dan saudari yang dihormati

Lontaran idea kedua, ikatan kukuh dalam institusi keluarga menjana insan yang cemerlang. Keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan seseorang insan. Hubungan yang erat seisi keluarga antara ibu dengan anak, adinda dengan kakanda  akan mempengaruhi kehidupan seseorang.  Tanpa ikatan kasih sayang hubungan menjadi longgar dan tiada kemesraan. Apakah saudara tergamak melihat anak-anak saudara terbiar tanpa belaian kasih sayang? Andai kata benar, kita boleh melihat sendiri  anak muda hidup merempat , berpakaian compang-camping , terbiar dan berpeleseran.  Ada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa dalam hubungan kekeluargaan terdapat peningkatan peratusan anak remaja yang merasakan mereka tidak dihargai dan diberi perhatian. Sudah terang lagi bersuluh jika ikatan padu sesama keluarga dibentuk tidak mungkin ada insan yang hidup keseorangan . Ikatan kukuh dalam  kerabat keluarga menjadi penentu kecemerlangan insan apabila sikap kekitaan dapat dipupuk. Hidup bahagia sekeluarga, rasa selamat dengan kemesraan dan kasih sayang lebih dari tempat lain menyebabkan anak-anak tidak akan mudah dipengaruhi anasir luar  dan rakan sebaya kerana mereka selesa dikelilingi sanak saudara.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Indikator pidato saya yang ketiga berasaskan suasana rumah tangga yang harmonis melahirkan pesekitaran yang kondusif. Keluarga harmoni dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa perlu  serius terhadap pencapaian  anak-anak bermula daripada tadika sehinggalah mereka berupaya menjejak kaki ke puncak gading. Suasana belajar yang kondusif di rumah menaikkan lagi semangat anak-anak mencipta kejayaan .  Sokongan berterusan daripada ayahahda dan bonda, nasihat daripada abang dan kakak,  pastinya membuahkan kecemerlangan.. Cuba kita  bayangkan jika anak-anak yang ingin mengulang kaji pelajaran terganggu dengan suara tinggi ibu bapa yang bergaduh, bayangkan saudara? pastinya jiwa anak-anak akan terseksa dan menghakis minat untuk belajar dan  rumah  tidak lagi berfungsi sebagai “rumahku syurgaku”.  Fakta mencatatkan sejak 2003 hingga sekarang, 16,020 remaja bawah umur 17 tahun lari dari rumah. . Menurut statistik Polis Diraja Malaysia , 2,540 kes remaja keluar rumah kerana mengikut teman lelaki, 1,857 lari kerana terpengaruh rakan, 1,592 kerana masalah serta konflik dalam keluarga..  Ayuh semua kita bina Rumahku Syurgaku untuk menjana kecemerlangan insan.

 Saudara dan saudari yang dihormati,


Lontaran idea keempat, anak-anak ibarat sehelai kain putih dan ibu bapalah pencoraknya.  Dalam usaha  melahirkan insan cemerlang, insan yang berguna, ibu bapa perlulah membuka mata bahawa merekalah yang akan menjadi role model atau super hero yang dijadikan idola kepada anak-anak..Anak-anak  sentiasa memerhatikan gerak geri dan perlakuan orang tuanya terutama ketika berada di rumah..Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dengan menunjukkan tingkah laku yang sopan bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.    Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang, tanya sama anak bagaimana boleh cemerlang, nanti jawab anak, ibu bapa dijadikan pedoman.

Konklusinya , ibu bapa haruslah mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk membina siatem keluarga yang mantap dan penyayang berlandaskan nilai agama dan moral. Kejayaan kecemerlangan kegemilangan seseorang insan terletak kepada kebahagiaan sesebuah institusi keluarga.


Dengan ini saya akhiri pidato ini dengan ungkapan keharmonian keluarga penentu kecemerlangan insan.

Sekian, Terima kasih. Pemidato bestari mohon permisi.





Pidato Pilihan (Pusingan Tajuk Bebas)


1. TAJUK: MALAYSIA MAKMUR NEGARA GEMILANG


Malaysia makmur bolehlah diertikan sebagai sebuah negara yang aman sentosa dan negara gemilang bolehlah diertikan sebagai negara yang cemerlang dan ternama.

Lontaran idea pertama berasaskan rakyat bersatu padu menjamin kegemilangan negara. Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan pelbagai agama.  Sikap rakyat yang saling bertolak ansur dan bekerjasama dapat menjamin kemakmuran negara.  Konsep satu Malaysia yang diterajui perdana menteri Malaysia memberi gambaran jelas kesepakatan rakyat dalam memastikan Malaysia sentiasa aman  makmur dan bahagia. Sebagai contoh, slogan satu Malaysia membasmi dadah memberi gambaran jelas kesepakatan rakyat Malaysia dalam menghapuskan musuh utama negara.

Lontaran idea kedua ialah kemakmuran malaysia meningkatkan ekonomi negara.  Keadaan Malaysia yang aman damai menarik minta pelabur asing untuk melabur di Malaysia.  Kehadiran pelancong asing dari segenap ceruk dunia tidak pernah putus dan sentiasa meningkat setiap tahun didorong oleh keadaan negara kita yang aman dan makmur. Ekonomi negara pastinya bercambah dengan kemasukan pelabur dan pelancong asing sekaligus menaikkan nama negara di mata dunia.  Nilai ringgit yang sentiasa ditutup tinggi membuktikan kehebatan pemimpin kita dalam mentadbir negara ke arah kegemilangan.

Ayuh semua rakyat Malaysia kita bersama makmurkan negara tercinta ini agar nama Malaysia terus gemilang dan gah di mata dunia. Kita sepakat satu bangsa, satu negara satu Malysia.



2. TAJUK:  PROGRAM  KHIDMAT NEGARA MEMBINA JATI DIRI REMAJA

Pendahuluan

Selaras dengan wawasan 2020 , program latihan khidmat negara (PLKN) telah diadakan dalam tempoh tiga bulan mulai tahun 2004. Remaja lelaki dan perempuan berusia 18 tahun diwajibkan menyertainya dengan harapan dapat melahirkan generasi muda yang matang dan cinta akan negara. 

Lontaran idea pertama berasaskan program kidmat negara membina jari diri remaja yang cinta akan negara.  Melalui program ini generasi muda yang bersemangat patriotik berjaya dilahirkan.  Para peserta yang  berlainan agama dan keturunan akan menikmati suasana hidup bersama, saling memahami dan bertolak ansur. Sebagai contoh mereka berkongsi bilik tidur,kantin, bilik mandi dan sebagainya.  Dengan ini silaraturahin yang erat dapat dibentuk dan sikap toleransi dapat dipupuk. Maka segala perselisihan faham dan sengketa dapat dielakkan.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Lontaran idea kedua berasaskan program khidmat negara dapat membentuk disiplin diri dan sahsiah yang tinggi.  Program ini melatih peserta mematuhi peraturan dan menepati masa dan janji .Contohnya, bangun waktu dini hari  agar tidak terlewat untuk senaman pagi. Melalui modul fizikal seperti aktiviti sukan lasak dan kawad kaki akan melatih pelajar berdisiplin dan bekerjasama selain berbadan cergas , berotak cerdas dan mempunyai jati diri.

PLKN merupakan acuan untuk memupuk remaja yang berakhlak mulia, berdisiplin, berjiwa patriotik sekaligus membina jati diri remaja


3. TAJUK : JATI DIRI MEREALISASIKAN WAWASAN


Jati diri adalah elemen yang mendasari citra dan imej sesebuah bangsa. Merangkumi adat, agama, bahasa dan budaya. Ibarat rumah dengan 4 tiang yang kukuh, bayangkan apa yang bakal terjadi jika salah satu tiang ditumbangkan?
Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan konsep “Satu Malaysia”. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian Negara secara berterusan

Lontaran idea pertama jati diri membentuk semangat kental berusaha. Seseorang yang mempunyai jati diri serta bersemangat waja tidak akan jemu berusaha. Usaha yang berterusan dalam apa-apa sahaja perkara yang dilakukan akan membuahkan hasil bak kata pepatah tiada kejayaan tanpa usaha. Lihat sahaja kehebatan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang kini bergelar pemain nombor satu dunia, adalah  kerana usaha yang berterusan dan tidak mudah menyerah kalah. Walaupun pernah kecundang tetapi semangat kental terus berjuang akhirnya membuahkan kejayaa.  Tuntasnya impian pasti tercapai jika seseorang itu mempunyai jati diri.

Lontaran idea kedua jati diri pemangkin kecemerlangan dengan memupuk nilai tanggungjawab dalam diri. Nilai tanggungjawab yang tertanam dalam setiap insan penting dalam usaha mencapai wawasan hidup. Seorang anak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapanya dan setiap ibu bapa ada tanggungjawab terhadap anak-anaknya.  Hasrat dan impian ibu bapa pastinya tertunai jika anak-anak mempunyai nilai tanggungjawab untuk merealisasi kehendak ibu bapa mereka.

Jelaslah jati diri penting dan menjadi tunjang utama dalam merealisasii wawasan.



4. TAJUK : RAKYAT BERILMU NEGARA CEMERLANG


Orang-orang yang berilmu pengetahuan sememangnya tidak sama dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan. Mereka adalah orang-orang yang menjadi harapan kepada sesuatu keluarga, kelompok masyarakat dan seterusnya negara. Merekalah menjadi pembimbing, pentadbir, pemimpin, pelindung dan tempat rujukan orang awam. Kalaulah sesuatu keluarga atau masyarakat atau bangsa itu tidak mempunyai orang-orang yang berilmu maka kedudukan mereka akan menjadi pincang dan tidak maju.

Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan adalah satu perkara yang sangat penting dalam membentuk kehidupan yang bahagia  dan melahirkan negara cemerlang. Maka sebab itulah ia menjadi satu perintah yang wajib bagi setiap orang mencarinya. Saiyyidina Ali r.a. pernah berpesan:
Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan adalah lebih baik daripada harta benda, sebab ilmu pengetahuan dapat menjaga dirimu, sedangkan harta benda engkaulah yang harus menjaganya. Ilmu pengetahuan adalah pihak yang berkuasa, sedangkan harta benda adalah pihak yang dikuasai. Harta benda akan berkurangan jika dibelanjakan, sedangkan ilmu pengetahuan akan bertambah-tambah jika diberikan kepada orang lain.'

Ilmu pengetahuan adalah aset utama dalam kehidupan. Oleh itu insan berkualiti tidak boleh tidak, mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Gabungan kesemua aspek melahirkan insan berkualiti yang mempunyai semangat, impian dan matlamat ke arah kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah keluarga, bangsa dan negara.

Kecemerlangan negara boleh dilihat dengan kejayaan rakyatnya yang mampu membawa negara ke mata dunia. Kejayaan itu merangkumi plbagai bidang sama ada pendidikan, perniagaan, pembangunan, teknologi dan sukan. Selain rakyatnya, pemimpin juga merupakan aset utama kecemerlangan negara.
Mereka bangga melakukan apa saja untuk kemajuan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Jika mereka berkhidmat sebagai petani, mereka berusaha untuk menjadi petani yang berdaya maju dengan menggunakan pelbagai pengetahuan dan teknologi moden untuk mempertingkatkan produktiviti. Jika mereka berkerja sebagai guru, mereka berfungsi sebaiknya menjadi peneroka dan pengajar ilmu yang terbaik dan cemerlang. Kualiti rakyat yang tinggi ini hanya terjadi menerusi amalan dan etika kerja yang baik, ilmu yang tinggi serta pendekatan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.


5. TAJUK: MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka.. Ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Peranan sekolah sebagai institusi pendidikan  juga penting dalam mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja.  Pendekatan akademik ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.  Masa senggang dapat dimanfaatkan dengan aktiviti perkhemahan , kawad kaki dan sebagainya.  Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.



6. TAJUK : AKHLAK MULIA MENJANA KECEMERLANGAN NEGARA

 Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W  telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya.sebagaimana sabda Rasulullah:
            “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

    Kemuliaan akhlak adalah faktor penting untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan umat. Kempen “Budi bahasa budaya kita” adalah satu langkah yang sangat bijak dan perlu diteruskan.Oleh itu marilah kita merubah akhlak mazmumah kepada akhlak mahmudah.

Lontaran idea pertama, untuk mewujudkan ummah yang gemilang, kita seharusnya bersatu padu. Sesungguhnya tanpa perpaduan, kita tidak mampu untuk membina kestabilan dan kekuatan  dan  seterusnya tidak wujud keadaan yang aman dan harmoni.Ketika beberapa Negara Islam berada dalam  peperangan dan kucar kacir,  kita masih dalam keadaan yang aman dan selesa.Justeru  untuk mewujudkan perpaduan antara satu sama lain, kita  sewajarnya  tidak mengira budaya, agama, dan darjat agar mengukuh perpaduan untuk membentuk kekuatan bangsa. Menerusi perpaduan, umat Islam akan dapat mengahadapi segala cabaran yang timbul.

   .Lontaran idea kedua ialah telah menjadi tanggungjawab kita untuk menyuburkan kasih sayang kerana perasaan itu adalah faktor penting untuk membina kemajuan umat dan negara. .Sebaliknya bangsa yang berpecah belah akan menjadi mangsa yang lemah dan mundur untuk mencapai kegemilangan dalam kehidupan. Oleh itu renung-renung, bermuhasabah dan berhijrahlah ke arah kehidupan yang lebih baik. Nilai kasih sayang  yang dipupuk dalam diri rakyat jelata akan memastikan kecemerlangan negara.



7. TAJUK: MALAYSIA MAKMUR NEGARA GEMILANG

   Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.  Melayu, Cina dan India masing-masing membentuk 59%, 32% dan 8%, iaitu 99% daripada jumlah penduduk. 1% penduduk yang lain termasuk Kadazan, Iban,  dan  yang lain. Kesemua kaum hidup harmoni sungguhpun mempunyai kepercayaan, kebudayaan dan latar belakang sejarah yang berbeza. Mereka telah bersama-sama membentuk sebuah negara yang bersatu dan makmur.

        Pada 31 Ogos 1957, sebuah negara baru yang terdiri daripada pelbagai kaum telah merdeka daripada kuasa Imperialisme Barat. Kemerdekaan ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan wira-wira kita, segala rintangan dan halangan telah kita tempuh dengan hati yang tabah demi satu tujuan, iaitu mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur .   Setelah melalui 50 tahun kemerdekaan, segala pengalaman masam mahupun manis dijadikan kenangan. Apabila kita merenung balik detik-detik gempar di dalam sejarah Malaysia, syukurlah kita sekarang dapat menikmati keamanan dan kemakmuran hasil perjuangan tokoh-tokoh kita.

    Pertama, Malaysia makmur  kian terkenal di mata dunia, segala yang disangka sukar dilakukan telah kita jayakan dengan cemerlang. Ekonomi yang stabil, rakyat yang hidup aman dan bertolak ansur, rekod sukan yang cemerlang serta imej antarabangsa yang dihormati.     Rakyat Malaysia sedang menikmati hidup yang aman, bertaraf dan terus berkembang. Kita sedar bahawa sebuah negara yang makmur dan aman memerlukan rakyat yang cinta akan keharmonian dan rajin serta saling memahami untuk maju ke hadapan. Di bawah sistem demokrasi, rakyat Malaysia tekun dan berani mencuba sesuatu yang baru. Kita percaya bahawa Malaysia Boleh! Walau bagaimana pun, rakyat menolak segala ideologi dan tindakan yang radikal yang mengancam keamanan dan kedaulatan Malaysia.

   Kedua , Melalui sistem ekonomi yang baru dan pelbagai rancangan pembangunan, Malaysia mempunyai masa hadapan yang cerah ke arah wawasan 2020. Kejayaan yang dikecapi selama ini yang dibanggakan harus kita pertahankan. Rakyat Malaysia perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk membawa Malaysia ke arah kecemerlangan. Ekonomi yang mantap sama diteguhkan supaya kenikmatannya dapat dikongsi bersama.



Akhirulkalam,

Negara kita tanggungjawab bersama

No comments:

Post a Comment