Tuesday 15 September 2015

Teks Syarahan (Keunggulan Keluarga Pencetus Minda Kelas Pertama)

KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA
(Bismillahirahmanirahim) alhamdulillahirabbilalamin wassolaatuwassalamu alaasyraafi ambiyaal walmursalin waalaaalihi wasohbihiajimain
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,para guru,peserta dan hadirin-hadirat yang saya hormati sekalian.assalamualaikum W.M.T.
Hadirin sekalian
v  Sebelum bibir menyusun kata
v  Sebelum lidah mengatur bicara
v  Izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan saya pada hari ini.
KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA
v  Keunggulan ialah kelebihan,keistimewaan dan keutamaan
v  Keluarga ialah siisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak.
v  Minda ialah akal fikiran dan daya berfikir
Hadirin sekalian

Minda kelas pertama,secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan  yang mampu memenuhi keperluan pembagunan individu,keluarga,masyarakat,Negara dan dunia.Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi,sikap proaktif,kekayaan morality,budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembagunan yang bersifat holistic.Oleh itu,keunggulan keluarga dapat melahirkan individu  yang boleh menjadi pencetus minda kelas pertama.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang  pertama,kehidupan berkeluarga pada manusia wujud apabila lelaki dan perempuan diikat dengan akad menjadi suami dan isteri.hasil akad itu menyebabkan beberapa tanggungjawab bagi pihak suami dan isteri yang mesti ditunaikan.Islam menuntut agar pengikutnya mewujudkan rumahtangga yang cemerlang.Hal ini kerana,kecemerlangan adalah asas kebahagiaan rumahtangga yang mewujudkan keluarga unggul,seterusnya menjadi pencetus minda kelas pertama,sebagaimana firma allah :

Kuanfusakom waahlikum naroo


Hadirin sekalian,menitis hujah saya yang kedua,berdasarkan surah AR-RUM,ayat 21



       Untuk membentuk keluarga unggul keluarga dan rumahtangga yang menenangkan iaitu berlandaskan kepada ketakwaan,kerjasama,saling menyayangi,saying menyayangi dan bertanggungjawab.Konsep takwa kepada allah perlu dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat kepada segala perintah dan menjauhi segala larangan allah.Mereka yang bertakwa diilhamkan allah dengan petunjuk yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi serta lebih daripada itu,takwa juga memurahkan rezeki didunia.


Jelaslah menunjukkan ledakan iman dan takwa yang dijelmakan melalui keunggulan keluarga islam mampu menjadi pencetus minda kelas pertama.

Hadirin,warga dewan sekalian,

Hujah saya yang ketiga ,sebuah keluarga unggul mementingkan ilmu,kisah Syeikh Kadir Jailani,seorang tokoh tasawuf terkenal yang dilahirkan dalam keluarga unggul yang mementingkan ilmu dan takwa dapat dijadikan teladan.Semasa beliau didatangi sekumpulan perompak,beliau bercakap benar mengenai wang yang dimilikinya,menyebabkan perompak itu bertaubat.Kisah ini menunjukkan pembinaan takwa bermula daripada sebuah keluarga unggul.Apabila asas-asasnya ditanam secara onsisten disertai dengancontoh yang baik oleh ibu bapa,maka terhasil insan  seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani.

Hadirin yang dikasihi allah sekalian,

Hujah saya yang keempat,keunggulan keluarga juga boleh dilihat daripada pancaran benih cinta antara suami dan isteri yang melahirkan kasih saying sesama keluarga.Keluarga unggul memerlukan anak terdidik dengan sifat kasih sayang penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab.Cara pergaulan yang berasaskan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri pasti mewujudkan suasana yang harmoni lagi mendamaikan dalam keluarga.Suasana seperti ini  memudahkan usaha mendidik anak-anak .Sebagai anak mereka berhad mendapat penjagaan dan kemudahan berterusan daripada ibu bapa.Manakala ibu bapa yang prihatin,penyayang dan penyabar adalah mereka yang tidak pernah berhenti daripada berusaha,berdoa  dan bertawakkal untuk anak-anak.ibu bapa yang unggul dapat memberikan mereka kesedaran minda yang optimum dan kecermelangan imaginasi untuk muncul sebagai orang ternama,terulung dan terhebat pada hari muka.Dengan kata lain,dapat mencetuskan minda kelas pertama.



Hadirin sekalian bermasyarakat,keluarga unggul

Hujah saya yang terakhir,ketenangan perlu diwujudkan dalam kehidupan juga dapat di kongsi bersama jiran.Sikap dan amalan negatif seperti mengumpat,hasad dengki,menyakiti hati jiran,menabur fitnah,mementingkan diri sendiri dan antisocial tidak ada dalam kamus sebuah keluarga unggul.Secara umummnya institusi keluarga adalah unit masyarakat yang paling kecil menjadi titik tolak kearah pembentukkan sebuah masyarakat yang lebih besar,seterusnya membentuk sebuah Negara.Personaliti dan daya intelek anak-anak dibentuk dari rumah oleh ibu bapa.Apa yang dilihat dan didengar anak dirumah akan dapat memberi kesan kepada emosi anak.

Jelaslah hadirin sekalian ,keunggulan keluarga pencetus minda kelas pertama.

Sekian .Wabillahi taufik wahidayah wassalamu alaikum warahmatullahi 

No comments:

Post a Comment