Tuesday 6 February 2018

Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah




Contoh Surat Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Seman bin Jamil,
Lot xxxxxx, Kg Pulau Kerengga,
21600 Marang,
Terengganu


En. Abdul Wahab  bin Ali                                                                                         5 Mac 2017
Guru Kelas 1 Mawar,
SMK Seri Cempedak,
21600 Marang,
Terengganu

Encik,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

            Merujuk kepada perkara diatas, saya bapa kepada Ali bin Seman memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke Sekolah selama dua hari iaitu 6 Mac 2017 hingga 7 Mac 2017 kerana anak saya tidak berapa sihat.
2. Anak saya akan hadir semula ke Sekolah apabila anak saya telah sihat.  Diharap pihak cikgu dapat memberikan kerjasama dan perhatian yang sewajarnya.
Sekian, Terima Kasih
Yang Benar

………………………………………..
(SEMAN BIN JAMIL)
Bapa kepada pelajar,
Kelas 1 Serating 1


Enviromental Microbe life Condition



Microbial Physiology

Bacterial and their environmental life

1.  Psychrophiles or cryophiles (adj. cryophilic) are extremophilic organisms that are capable of growth and reproduction in cold temperatures, ranging from −20 °C to +10 °C.  Among the bacteria that can tolerate extreme cold are Arthrobacter sp., Psychrobacter sp. and members of the genera HalomonasPseudomonasHyphomonas, and Sphingomonas.


 Cold Environment temperature for Psychrophiles bacteria like in the north and south poles 

2.     mesophile is an organism that grows best in moderate temperature, neither too hot nor too cold, typically between 20 and 45 °C (68 and 113 °F).  Some notable mesophiles include Listeria monocytogenesStaphylococcus aureus, and Escherichia coli. Other examples of species of mesophiles are Clostridium kluyveriPseudomonas maltophiliaThiobacillus novellusStreptococcus pyogenes, and Streptococcus pneumoniae.


Moderate environment temperature for Mesophiles bacteria like in our normal temperature

3.    thermophile is an organism—a type of extremophile—that thrives at relatively high temperatures, between 41 and 122 °C (106 and 252 °F).  Eg, Lactobacillus thermophilus, Thermo aquaticus, and etc.


High-temperature environment for Thermophiles bacteria like hot spring in Norris Geyser Basin, Yellowstone's, USA

4.  hyperthermophile is an organism that thrives in extremely hot environments—from 60 °C (140 °F) upwards. An optimal temperature for the existence of hyperthermophiles is above 80 °C (176 °F).   Methanococcus jannaschii, Geothermobacterium ferrireducens n etc.


Extreme high-temperature environment for hyperthermophiles bacteria like lake of lava

Tuesday 30 January 2018

Keunikan Semut !!!!!!


Sekali pandang, semut adalah sejenis makhluk kecil yang tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia. Namun begitu, makhluk kecil ini mendapat perhatian istimewa dalam agama islam sehinggakan di dalam kitab suci Al Quran sendiri ada suatu surah khas yang dinamakan semut iaitu Surah Al-Naml. Kehidupan semut juga agak unik. Bayangkan bagaimana beribu-ribu ekor semut di dalam koloni mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Pernahkah kita memerhatikan pergerakan semut sewaktu ia berjalan dan berjumpa semut lain. Semut-semut seakan-akan bercium atau bersentuhan antara satu sama lain. Seolah-olah mereka kenal antara satu dengan yang lain di dalam sebuah kumpulan semut yang berjumlah puluhan ribu pada satu-satu masa.
    Ahli kimia dan biologi telah bergabung untuk merungkai misteri dan rahsia di sebalik keunikan serangga jenis semut ini yang tidak dipecahkan sejak berabad-abad lamanya. Saintis kimia dan biologi berusaha untuk menemukan sejenis sebatian kimia yang tersimpan di dalam jasad semut yang membolehkan mereka berinteraksi, kehidupan mereka yang tersusun, teratur, tekun dan juga berdisiplin dalam menjalankan kehidupan sebagai seekor semut di alam ini.
    Saintis di Eropah dan Finland telah membuat kesimpulan awal bahawa sejenis semut yang dikenali sebagaiFormica Exsecta memiliki sebatian kimia campuran alkena dan komposisi setiap sebatian kimia jenis alkena tersebut adalah unik dan berbeza antara satu dengan yang lain. Kajian awal tentang tingkah laku semut yang dijalankan menunjukkan bahawa, perubahan kecil yang dilakukan ke atas komposisi sebatian kimia yang dimiliki oleh semut akan memberikan reaksi dan tingkahlaku berbeza bagi setiap semut tersebut.
   Menurut Stephen Martin dari Universiti Sheffield United Kingdom, mekanisme komunikasi dan interaksi antara beberapa koloni semut dalam kategori atau spesis yang berlainan adalah satu fenomena unik yang cuba dikaji oleh saintis. Kumpuan penyelidik yang diketuai oleh beliau memulakan penelitian dengan melihat tingkahlaku semut-semut dari satu koloni yang sama dengan meletakkan telur-telur mereka di dalam sarang koloni semut yang lain. Mereka ingin mengkaji mengapa situasi tersebut berlaku.
  Selain itu, satu lagi fenomena yang cuba untuk difahami oleh saintis ialah tentang bagaimana semut-semut ini mampu mengenali ribuan semut lain di dalam sarang dan koloni mereka, namun akan mula bertindak agresif dan menyerang kumpulan semut yang datang dari koloni lain. Hipotesis awal menunjukkan sebatian kimia yang ada pada semut ini mempengaruhi setiap tindak tanduk semut.
  Semut yang dipilih untuk kajian ini ialah jenis Formica. Execta yang merupakan spesis terbaik untuk mengkaji komposisi kimia yang dimiliki oleh koloni semut bagi memecahkan rahsia komunikasi serangga ini menurut Profesor Stephen Martin. Spesis F.Execta menghasilkan sebatian campuran kimia alkana dan alkena, dan untuk mengetahui rahsia ini semut merupakan serangga yang paling baik untuk tujuan tersebut.
  Seorang lagi saintis kimia dari Universiti Keele, United Kingdom iaitu Profesor Falko Drijfthout menggunakanGas Chromatography Mass Spectrometry untuk mempelajari profil alkena yang terhasil dari setiap koloni semut. Dalam kajian beliau, Drijthouft menemui dalam satu koloni, profil alkena hampir sama dengan semua semut yang lain yang menunjukkan bahawa mereka menggunakan hanya alkena dan bukan alkana untuk melihat koloni musuh yang cuba menyusup masuk ke dalam koloni mereka.
  Salah satu kaedah ujikaji yang dijalankan ialah dengan mencelup semut yang diambil dari satu koloni ke dalam bahan kimia heksana iaitu sejenis pelarut universal untuk memecahkan komposisi bau berasaskan alkena yang sedia ada pada badan semut tersebut. Selepas dineutralkan menggunakan heksana, semut tadi kemudiannya direndam pula ke dalam alkena dan diletakkan semula ke dalam koloninya yang sama. Dari pemerhatian pengkaji, semut tadi kemudiannya terus diserang oleh semut-semut lain walaupun ia datang dari kumpulan atau koloni yang sama. Ujikaji lain pula dilakukan dengan menggunakan alkena-alkena jenis berlainan untuk koloni semut yang sama dan keputusan jelas menunjukkan sebatian kimia alkena yang berbeza akan membuatkan kumpulan semut ini tidak dapat mengenali ahli koloni mereka sesama sendiri.
  Menurut Martin, penemuan awal kajian ini adalah sangat penting bagi kumpulan saintis dalam mempelajari biologi dan kimia koloni serangga yang telah mengkaji tentang keunikan kehidupan semut. Ia seolah-olah memberikan satu penanda atau kod-kod tertentu kepada semut dalam berkomunikasi dan interaksi sesama mereka. Penemuan sebatian kimia jenis alkena di dalam semut mungkin boleh diaplikasi dalam penciptaan teknologi terkini sistem pengecaman yang semakin hari semakin kompleks. Teknologi sistem pengecaman manusia umpamanya menjadi semakin penting apabila saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita penjenayah yang gagal dikesan dengan teknologi yang sedia ada. Kemungkinan penyelidikan Profesor Stephen Martin dan Falko Drijfthout tentang komposisi kimia di dalam serangga semut dapat dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dalam dunia sains dan penyelidikan.
Artikel ini terbit dalam Majalah Estidotmy 29 Julai 2009, sisipan percuma Utusan Malaysia. 

Peranan Pelbagai Pihak dalam Penjagaan Kebersihan Tempat Awam dan Kawasan Sekitar


Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu dasawarsa dahulu, negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam usaha menuju ke Wawasan 2020 yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah kebersihan awam dan alam sekitar telah berakar umbi di negara ini serta menjadi semakin kronik belakangan ini bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi. Masalah sosial tersebut tidak seharusnya dipandang enteng memandangkan isu tersebut berkait rapat dengan kesihatan rakyat negara ini. Sebab-sebab berlakunya pengabaian kebersihan awam dan alam sekitar hendaklah dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi kesejahteraan hidup sejagat. Sayugia diingatkan bahawa masalah kebersihan awam dan alam sekitar dapat mendatangkan kesan buruk yang tidak diingini terhadap kesihatan rakyat. Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang proaktif dan efektif harus diberikan penekanan dalam usaha mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kebersihan awam dan alam sekitar terjamin. Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua agama menekankan aspek kebersihan dan menegah penganutnya daripada melakukan kekotoran yang akan menjejaskan kemaslahatan awam. Dengan adanya didikan agama yang teguh, insan yang mementingkan kebersihan di tempat awam atau kebersihan alam sekitar dapat dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan menjadi teladan dan ikutan anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu bapa haruslah membuang sampah ke dalam tong sampah dan menggunakan tandas awam dengan baik. Dengan ini, anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang akan mencontohi perbuatan ibu bapa mereka dan akan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah bisa tegal biasa. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan kebersihan tempat awam dan alam sekitar terpelihara.

Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai kebersihan dalam sanubari para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama yang menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan mengamalkan nilai kebersihan dalam hidup terutamanya yang melibatkan kemaslahatan umum seperti tandas awam dan kawasan rekreasi. Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek kebersihan di dalam kelas dan di kawasan sekolah di samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih ini diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh. Pihak sekolah dan guru boleh membina taman mini dan landskap supaya keadaan sekolah lebih cantik dan hijau. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita tentang kemaslahatan amalan kebersihan.

Peranan media massa juga tidak dapat diketepikan memandangkan media massa seperti radio, televisyen dan suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam dalam kehidupan sehari-hari. Rancangan dan program yang dapat menyemaikan sikap rakyat menjaga kebersihan awam harus disiarkan melalui saluran media bercetak dan media elektronik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya kebersihan terhadap kesihatan masyarakat. Kempen-kempen kebersihan awam seperti  Cintailah Sungai Kita dan slogan Negara Bersih Sihat patut digiatkan dan diharapkan dapat membangkitkan kesedaran sivik masyarakat negara ini untuk memelihara kebersihan awam. Kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak media massa perlulah berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan tempat awam. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar dan tempat awam senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar. 

            Dalam pada itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan isu kebersihan seperti Akta Alam Sekitar 1971 dan Akta kilang 1974 bagi mengatasi masalah kebersihan awam. Hukuman yang lebih berat harus dijatuhi ke atas mereka yang bersikap bena tak bena terhadap kebersihan awam. Denda wang ringgit nampaknya masih kurang berkesan untuk menyedarkan rakyat negara ini berubah sikap. Sekiranya perbuatan mencemarkan alam sekitar dan tempat awam masih diulangi, denda yang berlipat ganda harus dikenakan dan disertai dengan hukuman yang lebih tegas. Misalannya, negara Singapura telah mengusulkan banyak cadangan yang membina dalam usaha membasmi masalah kebersihan awam. Antaranya ialah rakyat negara itu yang ditangkap membuang sampah sarap atau puntung rokok ke atas lantai di tempat awam akan dikenakan denda yang tinggi di tempat kejadian itu juga oleh pegawai polis yang bertugas. Bagi menjaga maruah diri supaya tidak ditegur atau dikritik ole orang ramai, mereka yang bersalah sudah tidak berani untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu di tempat awam. Maka, tidak mustahillah negara Singapura digelar Taman Bandar Raya yang terkenal dengan kebersihannya. Oleh itu, kita harus mencontohi ketegasan undang-undang negara Singapura kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sesungguhnya ketegasan undang-undang mampu melahirkan individu yang menitikberatkan aspek kebersihan dalam kehidupan 

            Secara tuntasnya, kebersihan awam dapat dijaga dan dipelihara melalui komitmen daripada pelbagai pihak. Sikap individualistik dan ketiadaan kesedaran sivik terhadap kebersihan awam perlu dikikis. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahathir bin Mohamad pernah meluahkan perasaan kecewa beliau terhadap sikap rakyat negara ini yang memandang remeh terhadap kebersihan awam setelah melihat keadaan di sekeliling Bukit Bintang yang menjijikkan, ditimbuni sampah sarap yang dihinggapi lalat. Beliau telah menyarankan rakyat Malaysia supaya mengamalkan sikap mementingkan kebersihan awam dalam kehidupan sehari-hari. Kebersihan tempat awam sememangnya merupakan aspek yang amat penting untuk menjamin keharmonian sejagat. Kita tentu tidak ingin generasi yang akan datang hidup dalam keadaan yang dicemari, menyedut udara yang kotor, serta minum air yang bermikroorganisma. Maka, sebelum nasi menjadi bubur, marilah sama-sama kita mempraktikkan kebersihan diri dan lebih penting lagi kebersihan awam demi kesejahteraan hidup pada hari muka!

SAJAK ( Jalur Gemilang )


Berkibar gagah saat 31 Ogos 1995
Asal  usulmu hamper dilupai
Identiti baru lahir pada 31 Ogos 1997
Namamu bertukar menjadi jalur gemilang

Dua kali Everest kamu kunjungi
Magedran dan rakan pembuka tirai
Tanda membawa semangat kami

Sekali samudera kau harungi
Dato’Azhar Mansor kau temani
Sebagai bukti kecekalan kami
Hingga kini mekar dihati

Dirimu peneraju dunia
Berkibar mencela sewaktu hujan peluru
Penobat keamanan penenang huru-hara
Menjadi sandaran saudara saudari
Mendapat perhormatan segenap bangsa dunia

Kau semakin matang
Membawa cita-cita kami
Cemerlang Gemilang Terbilang
Agar hidup membawa erti

sajak: epilog satu perjuangan


perjuangan ini tak bertepi
meruntun belas kasih,
terpateri takkan mati
menyusuri lereng derita ini
meniti onak duri bersatu hati                                                               
memperjuangkan bahtera tradisi
dari acuan rabbani           
acuan rabbul izzati                                                                                               
tersedarkah watan?
mengharung gelombang bergulung
dihempas samudera fikir
terlewatkah?
menerka bahaya   
yang datang menggila                                                                                          
menyepikan episod duka                                                                                               
epilog perjuangan                                                                                                 
prolognya perpaduan                                                                                          
serumpun manusia yang aman

s.othman kelantan                                                                                                
upm, serdang.

PANTUN BAHASA


{ Wan Muhd Qusyairi Bin Wan Mazlan }
Sungguh ayu si anak dara ,
Teruna jati jadi idaman ;
Bahasa Melayu Bahasa Negara ,
Kekal sebati ke akhir zaman .

Datang tuan datang berkuda ,
Datang ke Melaka mencari isteri ;
Bahasa melayu bahasa ibunda ,
Lingua Franca nama diberi.

Pergi ke Canton membawa pengat  ,
Pengat dibeli di Seri Aman  ;
Golongan belia perlulah beringat ,
Menjadi pewaris zaman-berzaman .

Emak memasak gulai puyu ,
Masak bersama daun pegaga ;
Indah bahasa kesusasteraan melayu ,
Menjadi khazanah yang sangat berharga .

Sungguh ayu dara di Taman ,
 Taman dihias pagar berduri ;
Bahasa melayu jadikan pedoman ,
Sepanjang hayat untuk berdikari .