Tuesday 15 September 2015

Teks Pertandingan Pidato (Kepentingan Hidup Berjimat)

KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT

        Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi majlis,Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang setia dengan waktunya,para peserta,hadirin dan hadirat sekalian,Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

       Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT “.Mengikut kamus dewan edisi    ke-3,berjimat membawa maksud tidak boros dalam berbelanja.Sifat ini perlu ada dalam diri setiap orang.

       Hadirin dan hadirat sekalian,

       Pidato saya diteruskan dengan kata kunci yang pertama,dapat mengatasi masalah ketika susah.Berjimat sebenarnya dapat mengatasi masalah ketika berada dalam kesusahan,Hal ini kerana,hari ini kita bersenang,kita bpleh bergembira dan hidup dalam keadaan yang selesa.Hari esok jika kita kesusahan,dengan wang yang ada,bolehlah kita menyelesaikan masalah yang dihadapi.Seperti yang kita maklum sejak akhir-akhir ini kos pembelajaran semakin meningkat.Kini untuk memiliki segulung ijazah yang pertama,30 ribu ringgit terpaksadikeluarkan.Pada waktu yang akan dating jika kita tidak bersedia dengan wang yang banyak,kita tidak boleh belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

       Hadirin dan hadirat sekalian,

      Berjimat bermakna mengajar kita hidup menabung,itulah kata kunci yang seterusnya,biasannya wang yang kita miliki akan kita simpan di bank.Selain daripada simpanan  boleh memperolehi dividen,wang kita juga boleh digunakan oleh kerajaan  dalam membiayai projek pembagunan Negara.Berjimat sebenarnya selaras dengan kehendak agama.Agama melarang kita bersikap boros yang membawa kepada kepapaan.Dengan wang ada,kita boleh membantu diri,keluarga,masyarakat dan Negara pada bila-bila masa sahaja.

      Akhir kata daripada saya “KEPENTINGAN HIDUP BERJIMAT,”akan menjadi reality dengan kerjasama kita semua.Saya harap pidato  saya ini akan menjadikan anda semua otak cair.Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun

Dari mana hendak ke mana,

Tinggi rumput dari padi,

Hari mana bulan yang mana;

Dapat kita bertemu lagi.


Sekian wabilahitaufik wahidah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatoh

No comments:

Post a Comment