Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi
menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi
setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada,
kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira
tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau
minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul
seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita
Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini.
Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam,
Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis
minuman berkafein ini. Catatan pendek ini
mengajak pembaca menyemak fakta-fakta tentang kopi.
1.
Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira
seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam
setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing
ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari
saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.
2.
Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.
Jika ingin
menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya
iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan
keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi
berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan
jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa
mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino.
Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.
3.
Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang
yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya.
Hakikatnya tidak!
4.
Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk
mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride
digunakan.
5.
Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan
kafein hilang 100%
Penyingkiran
kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein
kopi. Ia masih kekal di dalam
kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan
kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.
6.
Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini
mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan
diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar
kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam
lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.
7.
Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut
satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa
sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan
peminum kopi tegar.
8.
Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks
Kajian
yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi,
ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar
9.
Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya
kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak
keterlaluan mengambilnya
10.
Kafein boleh membunuh
Benar
sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga
80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!
No comments:
Post a Comment