Tuesday 30 January 2018

CERPEN : Selamat Hari Guru,Cikgu Fatimah.


Shamil merupakan seorang pelajar yang bijak dan pintar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serating.Walaupun hidupnya miskin seperti rumput di tepi jalan   tetapi dia tetap belajar untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor supaya dia dapat merawat ibunya yang sakit.Shamil sangat disukai oleh guru-guru dan rakan-rakannya.Guru yang paling disukai oleh Shamil ialah Cikgu Fatimah.
    Ketika pulang dari sekolah,dia disambut mesra oleh ibunya,Aminah walaupun ibunya sudah agak uzur dan sakit,bagai ayam dimakan tunggul.Ibunya Aminah sangat menyayanginya seperti menatang minyak yang penuh.Shamil menyuarakan hasratnya untuk memberikan hadiah kepada Cikgu Fatimah,guru kelasnya bersempena dengan hari  guru yang bakal tiba.Shamil sedar akan kesusahan ibunya serta tidak mendesak ibunya untuk memenuhi hasratnya itu.
     Shamil masuk kedalam bilik sambil memikirkan hadiah apa yang hendak diberikan kepada Cikgu Fatimah.Sambil dia memikirkan hadiah apa yang hendak diberikan kepada Cikgu Fatimah, dia mendapat akal.Dia lantas mengambil tabung duitnya lalu dipecahkannya.Dia agak kecewa kerana duit tabungannya tidak mencukupi.Shamil berkata didalam hati  “hadiah apa yang hendak aku berikan kepada Cikgu Fatimah ya?”Tiba-tiba dia mendapat idea,lantas dia ke dapur lalu mencari bahan –bahan untuk membuat karipap.
   Pada pagi hari guru,Shamil adalah orang yang pertama datang awal ke sekolah.“Selamat Hari Guru,cikgu.Sudilah terima hadiah saya yang tidak seberapa ini,”kata Shamil sambil menghulurkan bungkusan yang dibalut dengan akhbar kepada Cikgu Fatimah.“Eh ! Shamil,apa yang disusah-susahkan ini? terima kasihlah kerana ingatkan cikgu,”kata Cikgu Fatimah sambil menerima hadiah itu dan menghulurkan begnya kepada Shamil.
    “Terima kasih kembali ,cikgu !” balas Shamil  sambil beredar dari situ.
“Tengok Si Shamil tu,dia yang mula-mula beri hadiah kepada Cikgu Fatimah.Apa yang diberikannya tu entahlah dah lah balut dengan akhbar je,”sindir rakan sedarjahnya Izad kepada rakan disebelahnya apabila Shamil masuk ke dalam kelas.
Shamil hanya tunduk,terharu atas ejekkan rakan-rakannya.
        Ketika Cikgu Fatimah masuk ke dalam kelas pagi itu,para pelajar berebut-rebut mendapatkan Cikgu Fatimah ,untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih cikgu sambil memberikan hadiah.Bungkusan-bungkusan hadiah yang diberi oleh rakan-rakanya semuanya cantik-cantik dan besar-besar belaka.
     Shamil seorang sahaja yang duduk sambil memerhatikan gelagak rakan-rakannya sambil mengeluarkan air mata.Dia mengeluarkan sehelai kertas dan menulis sesuatu,sementara menunggu rakan-rakanya selesai menyampaikan ucapan dan hadiah masing-masing.
      Salah seorang dari rakan kelasnya iaitu Izad,merupakan pelajar yang paling nakal dan kaya datang menghampiri Shamil setelah selesai memberi bungkusan hadiah yang agak besar kepada Cikgu Fatimah.“Apa yang kau tulis tu Shamil,”Tanya Izad sambil mengejek.
  “Tak ada apa-apa saja je menulis,”kata Shamil. “Eh kawan-kawan ,tengok Si Miskin ni menulis surat cinta!!!!”jerit Izad sambil mentertawakan Shamil dan diikuti oleh rakan-rakannya yang lain .
         Shamil berasa malu lantas dia bergegas keluar ke tandas sambil mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap air mata yang mengalir di pipinya.Sudah banyak kali Cikgu Fatimah menasihati Izad supaya tidak mengejek Shamil tetapi seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.Shamil sedar yang dia bukannya orang senang dan dia tidak pernah meminta simpati daripada sesiapapun.Ibunya pernah berpesan kepadanya biar apa orang nak kata tetapi kita janganlah bergaduh. “Izad memang seorang yang buta hati tapi kamu janganlah bergaduh dengannya nak,”kata ibu Shamil kepadanya.Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.
       Selepas selesai sambutan Hari Guru,Cikgu Fatimah membuka bungkusan hadiah yang diberikan oleh Shamil.Beliau sangat terharu dengan keikhlasan Shamil setelah membaca nota yang ditulis oleh Shamil.Cikgu Fatimah menangis teresak-esak apabila membaca nota yang ditulis oleh Shamil.Nota itu menyatakan bahawa Shamil mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Fatimah dengan mengatakan  
       “Terima Kasih Cikgu kerana selama ini sudi mendidik saya menjadi seorang yang berguna,mendidik saya dari tidak mengenal huruf menjadi seorang yang pintar,Terima Kasih Cikgu,Terima Kasih Cikgu,Terima Kasih Cikgu.”
       Cikgu Fatimah tidak dapat menahan tangisannya lalu berlari keluar untuk mendapatkan Shamil sambil menangis.Tangisan Cikgu Fatimah menunjukkan bahawa dia sangat bersimpati akan Shamil.Shamil terkejut apabila melihat Cikgu Fatimah menangis dengan sayu.Seakan ada nada kesal dan sebak menyelubungi perasaan Shamil pada masa itu.
        Pada suatu petang , Cikgu Fatimah berhasrat untuk berjumpa dengan ibu Shamil Puan Aminah.“ASSALAMUALAIKUM!!!”teriak Cikgu Fatimah,kemudian dengan keadaan yang uzur ibu Shamil membuka pintu lalu menjawab salam dengan suara yang agak perlahan.Cikgu Fatimah terkejut dengan keadaan ibu Syamil yang uzur dan tidak bermaya itu.Dengan tidak sengaja air mata Cikgu Fatimah mengalir keluar.Cikgu Fatimah memeluk ibu Shamil dengan eratnya kerana beliau  terharu dengan nasib yang menimpa Shamil sekeluarga.
       “ Cikgu inilah nasib kami sekeluarga setelah kematian suami saya,”kata ibu Shamil.
        Cikgu Fatimah mengangguk sambil menangis teresak-esak.Cikgu Fatimah merasakan bahawa dirinya itu lebih beruntung berbanding  dengan  orang yang susah.Tiba-tiba dia berasa ada sesuatu suara yang berbisik di hatinya untuk mengambil Shamil sebagai anak angkatnya.Beliau bertanya kepada ibu Shamil.
      “Bolehkah saya mengambil Shamil sebagai anak angkat saya?”Kata Cikgu Fatimah kepada Ibu Shamil.
          Ibu Shamil hanya mengangguk kepalanya sahaja sebagai tanda bersyukur kerana nasib anaknya kini mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih sempurna daripada seseorang yang amat penyayang seperti Cikgu Fatimah.
       Selepas ibu Shamil meninggal akibat sakit yang tenat,Shamil putus harapan bagai wau putus tali untuk belajar.Perasaannya bagai dihiris dengan sembilu.Sudah dua bulan dia tidak ke sekolah kerana sedih atas kematian ibu yang selama ini menjaganya dengan penuh kasih sayang tanpa menghiraukan penyakitnya.Cikgu Fatimah sudah puas memujuk Shamil tetapi bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.
       
         Shamil keberatan untuk meninggalkan rumahnya kerana sejak dilahirkan dia telah tinggal di rumah itu.Dia sangat sedih kerana rumah itu banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis bersama-sama keluarganya.
           “Cikgu,boleh tak tinggalkan saya seketika,”kata Shamil sambil mengeluarkan air matanya.
          “Baiklah Shamil,kata Cikgu Fatimah.
       Beberapa tahun kemudian,Shamil pulang ke kampung halamannya untuk berjumpa dengan ibu angkatnya iaitu Puan Fatimah yang banyak menyedarkannya selepas kematian ibu kandungnya..
  ( 890 patah perkataan )

No comments:

Post a Comment