Tuesday 30 January 2018

ESEI : 1 Malaysia Berintergriti



         Pada era globalisasi ini,kes rasuah semakin berleluasa.Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa seperti akhbar,majalah,televisyen dan sebagainya turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.


            Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak kepercayaan rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

          Selain itu,usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

       Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.


        Di samping itu,pihak kerajaan perlulah menampal poster-poster tentang bahana rasuah yang berleluasa di negara ini.Gejala rasuah ini telah pun merebak ke seluruh dunia seperti Pakistan,Filipina,Indonesia dan India.Gejala rasuah ini telah menyebabkan kemunduran kepada sesebuah negara.Seperti mana yang kita tahu,gejala rasuah yang berlaku di Indonesia yang telah melibatkan pihak-pihak kerajaan yang telah memberi rasuah kepada pihak atasan seperti polis,askar dan sebagainya untuk melepaskan diri daripada kesalahan undang-undang yang telah dilakukan oleh mereka.
       Selain itu,kerjasama masyarakat amatlah diperlukan untuk membasmi segala tindakan yang berkaitan dengan rasuah.Masyarakat boleh berhubung dengan polis jika terlihat atau mendengar perkara-perkara yang berkaitan dengan rasuah melalui talian rakan kop atau balai polis yang berhampiran dengan kawasan mereka.Masyarakat amatlah diperlukan dalam membasmi gejala rasuah yang semakin berleluasa ini.Hal ini kerana,jika masyarakat tidak ambil kisah tentang rasuah ini hal ini akan menyebabkan mereka akan menghadapi kesusahan pada masa yang akan datang.

       Masyarakat perlulah peka dengan polimik masalah ini secara terperinci.Kita pelulah meganggap masalah ini akan memusnakan Negara ini.Kita tidak seharunya menerima dan mengambil rasuah kerana ia akan menyebabkan kemusnahan untuk kita semua.Seperti anai-anai dapat menumbangkan pokok yang besar.Jika hal ini berlaku Negara kita iaitu Malaysia pasti menhadapi masalah yang teruk dari segi ekonomi dan social.


        Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. 


( 645 patah perkataan )

No comments:

Post a Comment