Tuesday 30 January 2018

MARTABATKAN BAHASA MELAYU


            Bahasa ? Jika disebut sahaja pasal bahasa kita tahu bahawa seluruh negara mempunyai pertuturan bahasa mereka masing-masing.Begitu juga dengan Malaysia,yang terkenal dengan bahasa melayu yang pada zaman dahulu merupakan bahasa lingua franca di kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa dunia yang lain.Bahasa Melayu telah meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.
            Pada era globalisasi ini,Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang pada zaman dahulunya terkenal di seluruh dunia.Golongan belia pada zaman ini banyak yang terpengaruh dengan budaya barat.Ramai belia pada masa ini,tidak lagi mengagung-agungkan bahasa melayu tetapi mengagung-aguangkan bahasa inggeris .Mereka tidak lagi mempedulikan tentang keindahan bahasa melayu.
            Selain itu,para belia haruslah memelihara bahasa melayu kerana mereka merupakan golongan yang akan memelihara bahasa ini hingga akhir zaman.Hang Tuah pernah berkata bahawa “ takkan melayu hilang didunia ”.Dengan kata-kata ini kita haruslah memelihara bahasa melayu hingga akhir zaman.
           Deduksinya,semua pihak haruslah berganding bahu dalam merialisasikan martabat bahasa melayu sebagai bahasa yang dikagumi.Selain itu,saya berharap bahasa melayu akan menjadi bahasa lingua franca untuk kali kedua pada masa yang akan datang.
( 164 patah perkataan )
{ Wan Muhammad Qusyairi Bin Wan Mazlan }

No comments:

Post a Comment