Tuesday 30 January 2018

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA..


      Mutakhir ini,hampir setiap hari media massa menyiarkan berita mengenai kemalangan jalan raya dan berita ini sering terpampang di dada akhbar sebagai isu polemik yang mempunyai kadar kemalangan yang tertinggi di negara Malaysia.Hal ini demikian telah menyebabkan ramai pengguna jalan raya yang kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota.Namun begitu,kemalangan ini kian menjadi-jadi apabila tiba musim perayaan.Mengapakah hal ini sering berlaku ?Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku,ada punca dan langkahnya.

   Salah satu cara mengatasinya ialah kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka.Oleh itu,kita perlu mengambil berat dengan memeriksa kenderaan dari segi luar mahupun dalam.

    Seterusnya,akibat kealpaan sesetengah pemandu,kemalangan bukan sahaja melibatkan diri kita sendiri bahkan juga pemandu lebuhraya yang lain.Tindakan kita yang memandu kenderaan dalam keadaan letih,mengantuk dan menggunakan telefon bimbit meyebabkan kita hilang tumpuan.Oleh itu,sebelum memulakan perjalanan,kita perlu pastikan diri kita dalam keadaan sihat dan segar sepanjang pemanduan.Jika berasa letih atau mengantuk,berhentilah di tempat rehat yang disediakan.

   Selain itu,sesetengah pemandu ada menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

      Tegasnya,kemalangan jalan raya perlu dikurangkan kerana kemalangan ini banyak menyusahkan orang awam.Apabila berlaku kemalangan,jalan akan mengalami kesesakan lalu lintas.Ahli keluarga pula akan kehilangan insan yang tersayang.Oleh itu,marilah kita sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau.Jadikanlah lebuhraya sebagai tempat yang selamat bukannya medan kematian.Ungkapan pandu cermat jiwa selamat perlulah menjadi ingatan kepada semua pihak.
                                                                                            (324 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment