Tuesday 30 January 2018

TAJUK : KESELAMATAN DAN KESELESAAN DI JALAN RAYA


    Pada era globalisasi ini,isu keselamatan dan keselesaan di jalan raya mendapat perhatian daripada semua pihak.Hal ini berlaku sedemikian kerana banyak kes yang berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan para pengguna jalan raya yang terlibat dengan kemalangan jalan raya yang boleh mengundang maut.Menteri Kerja Raya,Datuk Saziman bin Abu Mansor amat menekankan tentang isu keselamatan para pengguna jalan raya.Semua pihak janganlah bersikap lepas tangan sahaja kerana ia melibatkan nyawa kita juga.

   Oleh sebab itu,kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya.Sebelum memandu kenderaan,kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu.Contohnya,keadaan minyak hitam,brek,bateri,air,dan lampu berada dalam keadaan baik.Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini,mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka.Contohnya,mereka tidak mengganti tayar yang haus.Apabila tayar kita sudah haus,sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan.Hal ini lebih membahayakan nyawa ketika hujan kerana sewaktu hujan,cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan.Natijahnya,tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

   Selain itu,pastikan anda sentiasa sihat dan segar.Sebelum melakukan perjalanan yang jauh,kita hendaklah sentias menjaga kesihatan tubuh badan separti  tidur awal,makan makanan yang seimbang dan lain-lain lagi.Kita tidak seharusnya tidur lewat kerana ia tidak baik untuk kesihatan kita.Hal ini kerana kebanyakan kes kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan kita sendiri.Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.Biasanya keadaan sperti ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam .Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu.Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah bertentangan.Jika kemalangan berlaku,nasi sudah menjadi bubur.

   Di samping itu,kita haruslah mematuhi had laju bagi mengelakkan sebarang kemalangan seperti pepatah pandu cermat jiwa selamat.Sebagai pengguna,kita haruslah mematuhi segala peraturan-peraturan di jalan raya.Namun,kebanyakan pemandu mempunyai lesen memandu yang palsu.Oleh itu,apabila tidak memiliki lesen yang sah,maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan.Hal ini akan mengakibatkan kemalangan.

   Deduksinya,kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan melalui kerjasama semua pihak.Sikap pengguna yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis agar jalan raya kita menjadi medan yang selamat kepada semua pengguna.

No comments:

Post a Comment